Mengikut bukti yang ada, Batu Gajah sudah wujud sekitar tahun 1870an.
Menurut diari J. W.W. Birch, Residen British pertama di Perak. Beliau pernah
melawat Batu Gajah pada 30 April 1875. Beliau menyebut Batu Gajah sebagai
sebuah kampung yang besar di tepi Sungai Kinta dan terdapat sebuah relau yang
besar untuk melebur bijih timah.
Ini menunjukkan perkembangan awal Batu Gajah adalah berkait rapat dengan
kegiatan perlombongan bijih timah yang mula berkembang di Jajahan Kinta pada
masa itu. Batu Gajah merupakan nama yang diambil daripada batu yang menyerupai
gajah. Beberapa versi telah dilaporkan. Mengikut versi yang pertama, apabila
bijih timah mula dijumpai di Batu Gajah, ramai pedagang asing dari Sumatera
datang melalui Sungai Kinta untuk berdagang timah. Mereka semuanya penganut agama
Buddha yang menyembah berhala. Oleh sebab tempat tersebut belum bernama, mereka
telah mengukir dua batu besar di tebing Sungai Kinta menyerupai bentuk dua ekor
gajah. Kemudiannya, batu itu telah diletakkan di tebing Sungai Kinta untuk dua
tujuan. Pertama, untuk memudahkan mereka mengenali tempat tersebut dan keduanya
mungkin sebagai tempat penyembahan.
Versi kedua menurut orang-orang tua, pada zaman dahulu terdapat sejenis
makluk bernama SangKelembai (Gelembai atau Gedembai)). Makhluk ini dikatakan
mempunyai kuasa untuk mengubah benda-benda hidup menjadi batu apabila ia
menegurnya. Pada waktu itu, daerah ini diliputi hutan tebal tempat gajah-gajah
liar merayau dengan bebas. Suatu hari, dua ekor gajah yang sedang menyeberangi
Sungai Kinta telah ditegur oleh Sang Kelembai lalu menjadi batu. Batu berbentuk
dua ekor gajah itu masih terdapat di Sungai Kinta berhampiran Kampung Pisang,
tetapi ia hampir hilang akibat hakisan dan kegiatan perlombongan. (3) Kisah
legenda ini tidak pernah disahkan benar atau sebaliknhya.
Versi ketiga berkaitan dengan kegiatan perlombongan bijih timah. Pada
peringkat awal, perlombongan bijih dikuasai oleh orang Melayu. Pekerja mereka
ialah orang Cina. Semasa kerja melombong, mereka telah menemui batu-batu
sebesar gajah dan keras seperti kepala gajah. Pelombong-pelombong kemudiannya
menamakan kawasan yang mempunyai batu-batu itu ‘Batu Gajah’ (Batu Besar).
Perlu dinyatakan di sini bahawa gajah bukanlah sesuatu yang asing bagi orang
Melayu. Binatang darat paling besar ini telah digunakan secara meluas sebagai
kenderaan atau alat pengangkutan darat di negeri-negeri Melayu sehinggalah awal
tahun 1910-an. Dalam perarakan diraja Perak, pasukan gajah yang membawa rengga*
biasanya dihias berwarna-warni diiringi oleh juak-juak+ yang berpakaian indah
membawa alat-alat kebesaran dan payung diraja. Di samping itu, gajah juga
digunakan dalam kerja-kerja pembalakan dan mengangkut hasil serta alatan
perlombongan bijih timah di daerah Kinta.
Panggilan nama ‘Batu Gajah’ ini bermula apabila ia telah didatangi oleh
orang-orang dari suku kaum Batak, Kurinci, Selayang, Bugis, Batu Bara, Kampar
dan Mendailing. Mereka datang menaiki sampan atau sekuci, perahu dan lading
melalui muara Sungai Perak menuju terus ke Sungai Kinta membawa barangan
keperluan pelombong dan penduduk kampung. Perjalanan dari Teluk Anson (Teluk
Intan) ke Batu Gajah biasanya memakan masa empat hingga lima hari. Apabila tiba
di sesebuah kampung, gong dibunyikan untuk menarik para pelanggan. Orang Kampar
membawa kain hitam, belacan, kain sutera putih, kain rawa, batik, tembakau,
atap nipah dan ikan peda (pekasam) untuk dijual. Dalam perjalanan balik pula
mereka mengangkut naik bijih timah.
Batu Gajah terletak di mukim Sungai Terap, iaitu salah satu sebuah mukim
dalam Jajahan Kinta. Pada peringkat awalnya, mukim Sungai Terap di dalam
pegangan Dato’ Amar di Raja. Beliau ialah orang Besar 16 di bawah kelolaan
Dato’ Panglima Kinta. Di antara Dato’ Amar yang terkenal ialah Tok Amar Naam,
Tok Amar Abu Kassim dan Tok Amar Pandak Akhat. Tok Amar Naam telah dilantik
oleh Sultan Ismail, yang ketika itu pentadbirannya berpusat di Pulau Cempaka
Sakti pada tahun 1872, iaitu sebelum bermula campurtangan British di Perak.
Selepas Tok Amar Naam meninggal dunia, jawatan tersebut telah diambil alih
anaknya Tok Amar Abu Kassim. Pada masa itu, pihak British sudah mula
memansuhkan hak di bawa pembesar Melayu tempatan dalam urusan mengutip cukai
dan pentadbiran di kawasan mereka. Tok Amar Kassim merupakan seorang yang alim
dan tokoh yang tidak mahu tunduk terhadap pentadbiran British. Jawatan tersebut
kemudiannya dipegang oleh Tok Amar Pandak Akhat. Pihak British telah menjadikan
pembesar Melayu sebagi kakitangannya. Dato’ Amar Pandak Akhat telah diberi sagu
hati sebanyak $1,050 sebulan. Ini kerana jasa baik beliau dapat menyelesaikan
masalah pergaduhan kaum Cina di Papan. Bagaimanapun, pada akhir hayatnya,
beliau hanya menerima pencen sebanyak $500 sebulan. (4) Peranan Dato’ Amar di
Raja menjadi kurang penting apabila Batu Gajah dijadikan pusat pentadbiran
British bagi jajahan Kinta pada tahun 1892. Walau bagaimanapun sebagai pembesar
Melayu, beliau tetap mempunyai pengaruh istimewa dan tersendiri dikalangan
penduduk tempatan.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Mengenai Saya
Dany Emildi. Diberdayakan oleh Blogger.
Popular Posts
-
Pada tahun 1942, Belanda masih menjajah di Indonesia termasuk di sebuah daerah pedesaan yang bernama Linggarjati. Konon nama Linggarja...
-
Mengikut bukti yang ada, Batu Gajah sudah wujud sekitar tahun 1870an. Menurut diari J. W.W. Birch, Residen British pertama di Perak. Beliau ...
-
10. Nagato Uzumaki Nagato adalah leader akatsuki. Sebagai pengendali Pain, Nagato telah menghancurkan konoha. Kebencian terhadap peran...
-
Menurut cerita dari orang-orang tua gue di Air Molek, yaitu paman-bibi, uncu, kakek-nenek, dst yang mengetahui tentang sejarah kota Air...
-
1. "Seberapa besarpun masalah, yakinkan hatimu bahwa semua pasti baik baik saja, dgn begitu hatimu bisa tenang" 2. "Ins...
-
Di bidang seni khususnya musik, Indonesia tak kalah hebatnya dengan musisi asing. Banyak tersimpan bakat-bakat yang menakjubkan dan suda...
-
Pada tanggal 18 April 2013 lalu, Forbes kembali merilis daftar klub-klub sepak bola paling kaya di dunia . Klub yang masuk daftar ini pastin...
-
Mungkin anda mengira bahwa kedua pemain terbaik di dunia “ CR7 dan Leonal Messi ” adalah peringkat pertama pemain sepak bola dengan ...
-
Kelayang adalah sebuah kecamatan di Kabupaten Indragiri Hulu, Riau, Indonesia. Dulu, Kelayang adalah nama sebuah desa yang dikenal dengan Ke...
-
Dan kamu akan selalu dikenang sebagai seorang yang masih punya mimpi dan keyakinan, bukan cuma seonggok daging yang hanya punya nama. Kam...
0 komentar:
Posting Komentar